Wednesday 20 February 2013

~ WordLess Wednesday


Assalamualaikum WBT

Jom "LATIH DIRI..."




L.O.V.E ALLAH  :)

Monday 18 February 2013

A Date To REMEMBER!!!!!


Assalamualaikum WBT




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



(^_^)

ALLAH THE GREATEST


Assalamualaikum WBT


Tika dan saat ini hati aku masih lagi terasa sebak..sayu..
di lubuk hatiku terasa seperti menangis..kerana apa?..
Sebab apa yang terjadi tadi..

"YA ALLAH..YA ALLAH.."
Ungkapan nie x lekang dari bibirku..aku hanya menyeru namaMU YA ALLAH..

Hati aku merintih..merayu agar RINTIHANku KAU dengari..
Hati aku merintih..merayu agar RAYUANku KAU dengari..
Hati aku merintih..merayu agar KESENGSARAAN yang aku alami KAU leraikan..
Hati aku merintih..merayu agar RUANG masih ada untuk aku padaMU YA ALLAH..

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA KAYA
ALLAH MAHA MENGETAHUI
ALLAH MAHA PENGAMPUN
ALLAH MENGASIHANI



Hanya kepadaMU aku bersujud YA ALLAH..

ENGKAU mendengar segala rintihan umatMU
ENGKAU memberi ruang kepada hambaMU untuk perbaiki segala kelemahan
ENGKAU sentiasa ada di waktu aku susah dan senang
ENGKAU sentiasa "ADA" untuk hamba-hambaMU


AKU HAMBA-MU YA ALLAH..
Terkadang lalai dalam kehidupan

AKU HAMBA-MU YA ALLAH..
Terkadang alpha dalam apa yang aku lakukan


AKU HAMBA-MU YA ALLAH..
Terkadang 'lupa' akanMU tetapi ENGKAU TIDAK PERNAH MELUPAKAN AKU

YA ALLAH..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH TERJADI..



"ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG BERLAKU"

InsyaALLAH aku akan cuba menjadi HAMBAMU yang sebaik-baiknya..




TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENYAYANGI AKU DAN UMAT-UMATMU.








Wednesday 13 February 2013

Breakfast + Hi-Tea


ASSALAMUALAIKUM WBT..

HOLA! HOLA! HOLA!

YES!!!! TODAY IS........
13 FEBRUARI 2013!!!

Ada apa dengan tarikh tu?..hanya manikam mengenal jauhari..eceh! tetiba kan..
(serious aku xtau apa maksud peribahasa tu..uhuk..uhuk..)


Arini ANNIVERSARY aku dengan LOVE..ALHAMDULILLAH..




Aku bersyukur sangat ALLAH temukan aku dengan LOVE..

Nak tahu kenapa x?..nanti aku cerita kat next month..JANJI!! :)

So arini nasib la sekolah x buka lagi jadi boleh la aku breakfast dengan myLOVE
Seperti biasa kami layan MAMAK je..

Both of us sukakan KESEDERHANAAN :)

So..menu aku puri + milo ais dan LOVE makan roti bakar + teh tarik


INI CINTA HATI SAYA!!! (^_^)/
8.20 PAGI : kami pergi ke tempat kerja masing-masing..
Seronok dapat breakfast di hari Anniversary kami.. :)

Petang tadi kami HI-TEA bersama..kalau nak diikutkan nak lunch bersama tapi LOVE busy..it's ok..kita HI-TEA bersama...

Macam biasak.....MAMAK!!!!! Maggi goreng SATUK!!!..Mi goreng SATUK!!!


Hehee..Maggi goreng LOVE yang orderkan coz dia tahu aku suka sangat makan MAGGI GORENG...satu je pantang dia kalo oreder MAGGI GORENG..
pastikan mi segera tu betul2 cap MAGGI dan BUKANNYA CINTAN!!! hahaaa

......

Malam sepatutnya kami dinner bersama tetapi kerana aku ada tugasan yang perlu dilakukan jadi terpaksa canceled...sedihnya aku Allah je yang tahu..
Aku tahu LOVE sangat berkecil hati ngan aku..tapi LOVE sangat cool ngan aku..
LOVE kata "xpe..kita rancang nak dinner sama2 tapi xdapat..esok masih ada kan?"

TERIMA KASIH LOVE..I REALLY REALLY LOVE YOU DAMN MUCH!!!!

Mmm,..ada apa dengan esok? 14 FEBRUARI 2013????
Esok akan diupdatekan....


Tataaaaa









Tuesday 12 February 2013

~ SAYANG ku balas SAYANG mu


ASSALAMUALAIKUM WBT

HOLA AMIGOS!

Nie saya nak share satu lagu nie..."SAYANG" by SHAE..dulu sebelum lagu nie keluar kat radio aku da dengar dari kawan aku time aku kursus kat Melaka...dia buat alarm..Ya Rabbi naik geram aku dengar...asik dok.."sayang apa khabar denganmu..cobalah kamu talipon diriku..bla..bla..bla..."

bila balik umah aku search kat youtube then jumpa..memang xkenal pun gerangan minah nie..

nak sebut nama pon tergeliat..xtau nak bunyi camne...
"SHA-E"
"SHER"
"SHY"
rupa-rupanya bunyi camni.. "SHEY"
Ya Rabbi..spellingnya punyalah x selaras dengan bunyi..huhuu

nie kira macam nama SCHA AL-YAHYA la..
ejaan "SCHA" tapi sebelum dia femes..macam2 bunyi aku dengar..
"SKA" la..
"SECHA" la..
rupa-rupanya "SHA" je pon..singkatan dari SHARIFAH..kalo rope itu ummi aku pon boleh dipanggil ENDE SHA..wah!!! glemer ummiku..hehee ;p

Anyway..berbalik pada SHAE..nie video "SAYANG" nye..




lepas dengar lagu nie aku pun tertarik..suka dengar coz it's catchy song..shomel sangat..
dan tiba2 satu hari keluar date ngan myLOVE..dia tujukan lagu nie untuk aku..
Ya ALLAH..sukanya aku...liriknya sangat dekat dengan kami..
serious..


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu
* thanks myLOVE..I LOVE YOU so much!
Pagi nie after subuh..aku dok belek belek komputer..suka tengok youtube..then tetiba aku nampak this video...
"JAWAPAN SAYANG-SHAE" from MR.BIE
(aku rasa dia nie orang Sabahan)
wah...sejak bila ada jawapan dari lagu SAYANG? then aku pon dengar la..kot kot la aku boleh tujukan lagu nie kat myLOVE lak..hehee
ok..uols dengar dulu..



amacam..ok x? actually aku sengaja xnak letakkan liriknya sekali sebab aku nak uols dengar sendiri dan hayati..even kat video nie pun da tertera liriknya kannnnn
so jangan nak mengada..huhuu

lepas dengar 'feedback' nie aku tertarik SANGATSANGAT dengan lirik nie..

"Sayang, dengar bah permintaanku..
JANGAN TINGGALKAN SOLATMU"



"Sayang, dengar bah permintaanku..
JANGAN LUPAKAN TUHANMU"



"Sayang, percayalah apa kataku..
AKU AKAN MENIKAHIMU.."



Jadi nie bukanlah official video..walaupun ianya sekadar Parodi tetapi Mr.Bie nie x lupa mengingatkan kita walau kita bercinta macammana sekalipun..
ALLAH jangan dilupakan..SOLAT jangan ditinggalkan..

So jangan lalai waktu bercinta..ingat keberkatan sesuatu hubungan itu adalah kerana
ALLAH SWT :)

~ Harmoninya Rumahtangga

ASSALAMUALAIKUM WBT..


Arini saya nak share petua KEHARMONIAN RUMAH TANGGA..taken from Google..
even saya x kawin lagi but this is the part of my preparation sebelum melangkah ke gerbang rumahtangga..
so..baca dan lakukan :)




1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.