Wednesday 29 February 2012

P.O.S.I.T.I.F (+)

Assalamualaikum,

ALHAMDULILLAH!!!
Segala Puji Bagi ALLAH,
Tuhan Semesta Alam..

Syukur Ke HadratMU 
Ya ALLAH

Aku Memohon KepadaMU
Agar
Urusanku Ini Dipermudahkan OlehMU

Panjangkanlah Jodohku
DENGANNYA

Kuatkanlah Jodohku
DENGANNYA

Satukanlah Kami
YA ALLAH..

Hanya KepadaMU
Ku Memohon
Hanya KepadaMU
Ku Berserah

SATUKANLAH KAMI
YA ALLAH


~AMIN~

Wordless Wednesday ~HIM~


I Miss HIM Damn Much!!!



Tuesday 28 February 2012

Qada' Puasa 1432H

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

My 1st Word
ALHAMDULILLAH!!!

Syukur sangat sangat sangat!!!
Arini genap 31 HARI aku GANTI PUASA..

Ramai yang x tahu,
hanya kenalan terdekat je yang tahu
apa yang berlaku kat aku tahun lepas..

"OPERATION"

YES! tahun lepas aku ada buat 1 operation..
adooiiii...memang dugaan betul aku rasa time tue..
3rd Ramadhan 1432H - End of Ramadhan 1432h
"AKU BERPANTANG"
(Wah! Bersalinkah aku?..Teeett!!!)

InsyaALLAH, nanti aku akan ceritakan apa yang
berlaku sebenarnya
dan
operation apa aku lakukan..

For me, ESOK
RAYA!!!!!


hehehee :)

* ok..skang nak stop layan VANILLA COKLAT! Dadaaaaa

Monday 27 February 2012

" TUAN "

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Mm,...arini dapat kezutan!!

HE'S BACK!!!

HE CONTACT ME BACK!!!


MOTIF????


Adios!

Wednesday 22 February 2012

Indahnya BerHIJAB

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Arini saya nak share pasal
~ INDAHNYA BERHIJAB ~



Lately nie ramai para gadis yang da berHIJAB..
Alhamdulillah :)
Seronok tengok saudara-saudara seISLAM kita da berHIJAB
Sejuk je mata memandang..
Baru mata kita, kita da rasa 'sejuk'
Di mata ALLAH, apakan lagi ye x?
Wallahualam..

Tapi part yang sedihnya, bila ada yg berHIJAB kerana trend..
Perlu ke kita bertrend sangat?
Ini memang dituntut kan????

Then bila bertrend sangat..
Nie la jadinya...

Bertudung tapi Kain Berbelah

Macam nie pon boley?..agak-agak le nak bersukan pon..

Tak Tau dia masih WARAS atau TIDAK
waktu dia nak pakai camni..
SubhanALLAH

Macam-macam lagi fesyen yg menyakitkan mata,
uols pandai-pandai la ceroboh umah
pak gogel!

BerHIJAB sangat Indah sebenarnya..
Kenapa saya berHIJAB?



1- Tuntutan agama

2- Wanita lebih anggun & ayu bila berhijab

3- Melindungi paras dada wanita (amat penting)

4- Lelaki macammana jahat sekalipun, dia akan memilih wanita yang berHIJAB sebagai Isteri

4- Dosa orang yang bukan muhrim kita nampak rambut kita..

1 HELAI - dosanya seperti 10 orang melihat aurat kita
10 HELAI - dosanya seperti 100 orang melihat aurat kita
100 HELAI - dosanya seperti 1,000 orang melihat aurat kita
1,000 HELAI - dosanya seperti 10,000 orang melihat aurat kita
10,000 HELAI - dosanya seperti 100,000 orang melihat aurat kita

Jadi berapa HELAI rambut yang berada dikepala kita?
Terkira atau tidak,
itulah penentu dosa pahala aurat kita
di bahagian KEPALA..
baru kepala...yang lain-lain?
TEPUK DADA, TANYA IMAN (-_-)

Nie nak share satu video nie...
MasyaALLAH...terasa beruntung sangat dilahirkan sebagai
seorang WANITA ISLAM..
sangat syahdu hamba Allah nie dendangkan alunan bait-bait lagu
untuk mengingatkan para HAWA untuk BERHIJAB..


NASIHAT HIJAB UNTUK PARA WANITA
" BerHIJABlah wahai wanita-wanita Islam, sesungguhnya kebaikan menanti kamu.
Jangan takut dan jangan segan, KECANTIKAN itu pasti BERSAMA"




- Wahai saudari, jangan terpedaya hasutan SYAITAN
- Sesungguhnya keWAJIBan HIJAB datangnya dari Tuhan kita Yang Maha Memberi
- Kita telah mendengar kata-kata ajaib dari saudari kita
- Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang Hijab
- Mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap, bagaikan diikat khemah di atas tengkuk
- Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya di dalam buku
- Mereka melakar cara hias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda
- Wahai saudaraku, inilah GOLONGAN PEMBENCI UMPAMA SERIGALA
- Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang zalim
- ALLAH akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan
- Dan SYURGALAH SEBAIK-BAIKNYA TEMPAT KEMBALI..

~ Wallahualam ~

* Peringatan untuk DIRI SENDIRI juga..

"Lelaki Ini" Pilihanku

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Malam nie asik dok belek-belek Youtube..then tiba-tiba teringat kat
WARDINA SAFIYYAH (i mean "SIS")
suka sangat follow dia punya FB,
banyak sangat kata-kata perangsang dari dia yg boleh kita jadikan guideline untuk kita
as a WOMEN especially..,


Then tertarik ngan speech dia kat Youtube bertajuk
"Nasihat Wardina Safiyyah Kepada Remaja-Remaja"




Alhamdulillah..sangat AWESOME!!!
Serious!

Actually, apa yang ciri-ciri lelaki yang aku cari untuk dijadikan
sebagai seorang yang bergelar SUAMI adalah apa yang
diperkatakan oleh SIS WARDINA..
Memang sama..

Jom tengok list yang aku dah taip dari speech Sis Wardina..

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

1- Tak boleh Compromise

2- Tak boleh TINGGAL SOLAT (solat 5 waktu - WAJIB!)

3- Jangan mencari LELAKI YANG TAK MAMPU BERSOLAT

4- Sekiranya dia TAK MENCINTAI ALLAH YANG MENCIPTAKANNYA, macammana dia NAK MENCINTAI KITA?

5- Cinta yang betul-betul BUTA, PEKAK dan BISU adalah CINTA YANG BERLANDASKAN NAFSU!
(Itu adalah CINTA YANG JIJIK DAN KOTOR)

6- Cinta yang bersulam dengan BERPEGANGAN TANGAN, CIUMAN, MENGAKHIRI DENGAN ZINA..adalah CINTA YANG JIJIK DAN KOTOR! bukannya CINTA SEJATI!

7- Seorang LELAKI YANG BERANI MENYENTUH KITA SEBELUM NIKAH, tidak MENYAYANGI KITA tetapi MENGHINA KITA.

8- Lelaki yang betul-betul MENYAYANGI KITA, DIA TAK AKAN SENTUH/PEGANG KITA sebelum BERNIKAH.

9- Dia akan bawa berjumpa dengan ibubapa dan bila bernikah, barulah DIA BERANI PEGANG KITA dengan CARA YANG HALAL.

"ANY MAN WHO DARES TOUCH YOU,
BEFORE YOU GET MARRIED...
GUDBYE!!!"

SubhanALLAH...Betapa Indah dan Nikmatnya sekiranya kita
diJODOHkan dengan CIRI-CIRI LELAKI seperti ini..

Alhamdulillah, Sis Wardina sangat TEGAS dalam menegakkan
apa yang dituntut oleh Agama dalam kita mencari pasangan hidup yang sesuai
untuk kita bukan sahaja kekal di dunia malah
yang boleh membawa kita bersama ke
SYURGA..InsyaALLAH..

Tapi untuk mencari lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang agak
sempurna disisi ALLAH SWT sangat susah..
tapi aku percaya "dia" ada!

Aku sentiasa redha dengan ketentuanNYA..
kadang2 aku bermuhasabah diri dan sering bertanya padaNYA
kenapalah aku masih tidak bertemu jodoh sehingga ke hari ini?

Jawapan dari lubuk kecil hati ini sering berkata,
' Mungkin belum ada lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan, 
yang mampu membimbing aku di DUNIA & di AKHIRAT '

' Allah dah menjanjikan pasangan yang terbaik untuk aku '

Aku Redha

Aku Berserah PadaNYA

~ Wallahualam ~

Sunday 19 February 2012

"Dosa-Pahala" Bloggers

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

To ALL BLOGGERS
"Jangan Menulis Hingga Lupa Dosa Pahala"


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai padangan mereka di blog masing-masing.
Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.
“Janganlah bila berada di depan komputer (untuk menulis), kita lupa pada dosa dan pahala pula,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel di majlis Himpunan Ulama’, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.
Beliau turut mengajak para penulis di alam siber agar bekerjasama dengan golongan ulama di dalam tujuan menyatukan ummah menerusi ruang lingkup maya dengan penyebaran maklumat yang telus dan lebih positif.
Pandangan beliau itu turut dikongsi bersama oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Datuk Dr. Sidek Baba, yang menganjurkan agar para ulama, cendekiawan dan blogger menterjemahkan penulisan mereka menerusi strategi eklektik.
Menurut beliau yang turut menjadi panel di majlis tersebut, kaedah elektik merupakan gabungan integrasi ilmu, sejarah kegemilangan silam Islam dan sosiologi moden yang diaplikasikan bersama di dalam usaha menyatupadukan ummah.
“Seorang ilmuan Islam Professor Dr. Taha Jabir membuat kajian mengenai kaedah eklektik yang menggabungkan nilai-nilai tersebut dan ia berkesan,” katanya pada ucapan yang bertema ‘Peranan Ulama dan Cendekiawan Islam Dalam Mendepani Dunia Siber.
~Wassalam~

Wednesday 15 February 2012

Ada Apa Dengan 14 FEBRUARI?

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Lately agak bizi..so xsempat nk update blog tersayang nie..
But still nak share gak entri nie,
Even da terlepas sehari tarikhnya..

ADA APA DENGAN 14 FEBRUARI?

Semua orang da maklum..
Alhamdulillah, aku x pernah sambut..
Sejarahnya aku da tau lama, ada gak da bgtau
member2 or sesape la bout 14 FEBRUARI nie..
Tapi biasa la,..diaorg lebih suka
BUAT BENDA YG DILARANG..

Dunia makin moden..macam2 cara untuk kita berdakwah..
Even dalam drama pun, kita suka sangat tengok drama..
Alhamdulillah, ada baiknya juga yang boleh dijadikan
teladan/garis panduan dalam diri kita..

LET'S WATCH!


So, sebagai umat Islam sebelum kita nak sambut apa2 kita kaji dulu..
adakah ianya relevan dgn agama kita?
silap langkah akidah kita boleh tersasar
(Nauzubillah - mintak simpang)

Banyak lagi peristiwa yang boleh kita ambil dari tarikh
14 FEBRUARI nie..
Pernah kita fikir atau tidak?
Pernah kita tahu atau tidak?
Bahawa..

~14 Februari 1942~
Leftenan Adnan Saidi gugur semasa mempertahankan Tanah Melayu
dari serangan tentera Jepun di
Permatang Pasir Panjang.

"Seramai 800 tentera Jepun terkorban dan akhirnya Left.Adnan gugur setelah tentera Melayu kehabisan peluru dan mayat Left.Adnan di ikat di pokok ceri dan menjadi TUSUKAN BENET JEPUN HINGGA HANCUR.."

SubhanALLAH..betapa pejuang dulu mempertahankan TANAH MELAYU kita,
kita sebagai PEWARIS AGAMA DAN BANGSA MELAYU
di TANAH MELAYU KITA SENDIRI,
Usah KITA SIA-SIAKANNYA..

Allahyarham Leftenan Adnan
~ AL-FATIHAH ~

Wassalam

Thursday 9 February 2012

Al-Fatihah ~ Cahaya Islam Ku ~

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!



الحمد لله

Da lama cari video nie..
memang nak share ngan 'SAUDARA-SAUDARA' kita..
Time tengok episod nie kat TVALHIJRAH,
siap rakam g coz takut terlepas camne nak tau
bacaan AL-FATIHAH yang sebenarnya..

الحمد لله

Lepas tengok je cara bacaan USTAZ DON DANIYAL 
Kita pun mula tersedar rupa2nya banyak sangat kekurangan dalam bacaan kita..
Kita ingatkan da perfect, rupanya x!
Dengan adanya kuliah selama 30 minit bersama Ustaz Don,
dapatlah kita praktikkan bacaan yg betul untuk 
'bekalan' kita di akhirat kelak..
إن شاء الله

So, let's share ILMU BACAAN YG TEPAT
"SURAH AL-FATIHAH"

إن شاء الله
Sama-sama kita mendapat keberkatan dariNYA..

آمين


Wassalam

Wednesday 8 February 2012

La Tahzan

Assalamualaikum,

Baru dapat cerita sedih dari UMMI..
serious sangat sedih!
i'm feeling DOWN!!!

.
.
.
.
.
.

Ya ALLAH..Tabahkan Hati HambaMU Ini..


.
.
.
.
.
.
.
.

~ LA TAHZAN ~



Wassalam...

Monday 6 February 2012

Free Willy

Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Petang tadi bangun je dari tido, terngiang ngiang suara 'budak' kat TV
buka mata tengok budak mat salleh
tapi fasih sgt cakap BM nye..
Adik aku si kecik ANIS tengok cite
FREE WILLY kat Disney Channel..
Rupa-rupanya dia tukar audio ke BM..huhuu

Aku pon terus layan je tgk cite nie
time aku kecik2 dulu mmg suka tgk cite nie..
influenced from arwah bapak
dia yg banyak membantu aku dalam penggunaan Bahasa Inggeris
Really miss u, BAPAK! (T_T)

Time aku tengok pon da nk dekat abes..
kalo korang ingat part dia bawak FREE WILLY naik atas bot
then diaorg nk bawak dia lepas kat laut..
sampai laut FW dilepaskan then ada la plak sekumpulan nelayan nie buat perangkap pukat.
alaaa....kesiannya..
then budak tue lari lari panggil FW ke arah lain..
time dia lari sambil panggil FW pon aku da sebak..huhuu

sampai tengah tengah FW dtg kat budak 2..
then budak tue usap2 dia..alah, lagi syahdu!

then budak tue bgtau kat FW dia boleh 'lompat'
(utk seberang laut)
aku pon sgt tacing!
time dia lompat..aku da menitik ayo mata  nie..
(T_T)
this part : sgt tacing!!!
Kesimpulannya, cite nie sangat ohsem!

- ikatan KASIH SAYANG antara manusia dan haiwan
- haiwan pon faham bahasa manusia
- haiwan pon mempunyai perasaan macam kita juga
- haiwan boleh menjadi 'rakan karib' kita
- kita boleh share masalah ngn mereka juga
- Silaturrahim yg terjalin antara manusia ngan haiwan,
pahala juga menanti kita..INSYAALLAH..

dalam kehidupan kita juga kaitan antara manusia ngan haiwan 
juga saling berkait rapat..

"haiwan pun sayangkan anak, manusia buang2 anak"
"perangai macam binatang"

mm,..macam2 lagi la..
korang tambah2 le mana yg patut..
hehee

ADIOS, AMIGOS!

*5 stars 4 "FREE WILLY" :)

Sunday 5 February 2012

Pak Aji-Naik-Moto


Assalamualaikum,

Hola, Amigos!

Semalam buka pose makan
NASI AYAM GEMAS NOGORI SOMBILAN
(jauh kau!)
adik aku baru balik dari ng.9, sebelum nie pon dia ada g ng.9
atas urusan keje and dia xkan miss makan nasi ayam nogori nieh!
Lebih kurang camni la rupanya..
1st time dia makan, balik umah..
dia cerita..mak aiihhh...
semangat giler!
"Ummi..sedap nasi ayam org tue.."
"kanem, mmg sedap nasi ayam org tue.."
"kakla, sedap giler nasi ayam org tue.."

so, boleh imagine x kalo dia da cakap cam2?
malas nk fikir byk2 sgt, kang kempunan
jenuh sampai ke nogori nk g mencariknye..
NG.9 pon SEKALI je dlm idup nie pernah g,
e2 pon lepak kat A&W tepi tasek or tempat riadah (xsure)

Lastweek adik aku g lagi ng.9..
tadi ptg baru dia balik, that time aku tgh
lena diulit mimpi..
terngiang2 je dgr dia cakap,
"Ummi, nie ha dia NASI AYAM NG.9 sedap yg syahir kata tue"
perrgghh!!!
semangat kau, balik2 terus bgtau pasal nasi ayam nie..
idak nk nanye kabo ke hape kan???
haha

dia makan ngn ummi je coz aku ngn kakak aku..
ZZzzzzZZZzzzzZZZZzzzz

then bila waktu berbuka lagi sekali dia promoted
nasi ayam nogori dia tue..hehe

dengan Bismillaahirramanirrahim..
aku makan..
mm,..not bad.
sedap gak!
(kena puji coz susah payah dia beli dari jauh juz 4 us..huhuu)

NASI - kaler lain tapi rasa ttp rasa nasi ayam
AYAM - sedap..cam roaster ciken
KUAH CILI - ok..cukup rasa
KUAH KICAP - mm,..erk!..MASINNN!!!!
SUP - mm,..erk!..MASINNN gak!!
dicampur lak ngan ketebalan HALIA..perrgghh!!!

Kesimpulannya, ok2 je rasa..
ingat ada le rasa cam MACARONI AND CHEESE ke kan?
(tiba2..)

Menjelang malam..
tekak aku nie rasa....
KERIIIIIIIIIINNGGGGGGGGGG ya amat!
udah dekat sebotol ayo TWISTER aku minom!
ok la, twister oren yg masam2, sejuk2..boleh la ilang dahaga..
tapi air manis nie, akan dahaga lagi..
ayo masak udah abes aku rembat!
wuuuaaa!!!!
I AM SO THIRSTY!!

aku pon heran la..asal la aku dahaga sesangat2 nie..
fikir punye fikir..
baru aku teringat bahawasanya akau hanya
makan NASI AYAM NOGORI sahaja!
ini bermakna makanan nie la yg telah menyebabkan 
tekakku kering dan memerlukan air utk membasahnya..
aaarrggghh!!!!

terus aku sound adik aku..
"weyyy..nasi ayam kamu nie buh pak aji ke hape nie?..
lain macam dahaganye!"
diam je adik aku..hehe
sian dia...bukan salah dia pon..huhuu

ok la..sampai ke saat ini
tekak aku masih lagi kering..
nie nak selongkar lagi ice-box tgk ada x ape2 air lagi yg tinggal..
(T_T)

ADIOS, AMIGOS!

Saturday 4 February 2012

12 Rabiul'Awal 1433H



Assalamualaikum,

Hola,Amigos!

Salam Maulidur Rasul 1433H


- Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arabنبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir.


- Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.


- Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.


- Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.


- Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah


- Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.


- Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin(Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.


*InsyaALLAH..sama2 kita menerapkan sifat keperibadian NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai panduan hidup kita dengan SURAH & SUNNAH nya..
AMIN.

Friday 3 February 2012

HaaaaChoooOOOoooomm!!!


Assalamualaikum,

Hola, Amigos!



~ Apabila kita bersin, umpamanya kita mati satu saat.




~ Bila kita bersin, semua sudah berhenti.




~ Jantung dan nyawa semua sudah berhenti.




~ Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita  

patut 
bersyukur dan mengucapkan " الحمد لله ".


~ Sebab itu bila bersin, ucapkanlah " الحمد لله " kerana Allah 


masih meminjamkan nyawa kepada kita..


ADIOS, AMIGOS!

Tanyalah Dia 10 Perkara Nie


Assalamualaikum,
Hola, Amigos!
To uols yang baru or da bertunang or bakal berTUNANG
Let's share the TIPS!


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

ADIOS, AMIGOS!