Monday 6 August 2012

Cinta ADAM & HAWA


Assalamualaikum

"ADAM & HAWA"

Btw, ni tajuk novel hasil karya Aisya Sofea. Aku ni bukan la penggemar membaca novel-novel ni..serious, kalo satu buku novel tu aku leh amik masa berbulan-bulan untuk di'khatam'kan. Mukasurat bukan ribu ribu helaian..ada la dalam 300 mukasurat tapi 'azab' nak habisnya.Fuuuuhhhh!!!!

Seingat aku la, 1st novel yang aku beli "KL-LONDON" karya AHADIAT AKASHAH.


Ni la 1st novel yang aku beli dan baca sampai habis. Beli awal tahun nak dekat akhir tahun baru 'khatam'..Muahahaa..mmg bukan penggemar tegar aku ni! Time ni aku baru belasan tahun, hingusan lagi..konon bercintan-cintun la time sekolah, feellll..wuueek! haha.

Punca boleh TERRRRbeli novel ni coz tertarik ngan TAJUK novel ni "KL-LONDON" mm, sebenarnya mmg dari sekolah ada pasang niat ingin menjejakkan kaki di kota London jadi bila baca novel ni sedikit sebanyak dapat la kita 'merasai' kita berada di kota LONDON kannn..tapi sumpah aku dah x ingat jalan cerita novel ni. Nak baca balik? MUNGKIN TIDAK!!! :)

Ok, dah melalut lak ni...mana pergi cerita ADAM & HAWA oooiiiiii????
Actually yang membuat aku boleh buat entry pasal novel ni sebabnya biasalah kan..pengaruh TV..
Novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk drama dan kini sedang menunggu masa tayangan saja.
Drama ADAM & HAWA akan ditayangkan hanya di Astro Mustika HD mulai 27 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam (Alhamdulillah rumahku ada Astro HD!!!!)

So aku pun search la mana rupa novel ni. Karya Aisya Sofea aku mmg familiar sebabnya kalau aku menjengah ke kedai2 buku mata mesti akan meleret pada nama tu disebabkan aku bukan penggemar novel tegar maka tak tercapai la tanganku ini untuk menggapai naskah beliau.


Jadi bila tau akan diadaptasi ke drama..aku memang suka sangat la kannnnn..sama la macam OMBAK RINDU, LAGENDA BUDAK SETAN xpernah baca pon layan dalam layar je. Baru best! :)

Lagi buat membuak buak nak tengok sebab HEROnya..Watak utama lagi AARON AZIZ as ADAM MUKHRIZ dan heroinnya NADIYA NISSA sebagai AIN HAWANI.


Arahan Feroz Kader dan ada 80 episod. OHSEM!!! Serious x sabar!!!
Adam Mukhriz pakai uniform TUDM. Adoooiiii THE MOST HANDSOME MAN, MAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jadi jangan lupa ASTRO MUSTIKA HD mulai 27 OGOS 2012, Isnin hingga Jumaat jam 9.00malam :) 


Oh ya...this is ADAM & HAWA's OST : MUARA by Hafiz & Siti Nurhaliza
(xde official videoclip lagi uolsss)

Don't Be Sad DLCW!!!

Assalamualaikum

Impian Malaysia untuk memenangi pingat EMAS untuk julung-julung kalinya berkubur hanya kerana kekalahan tipis 2 mata sahaja.
Keputusan AKHIR BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012.


LEE CHONG WEI vs LIN DAN
Set pertama : 21-15 (LCW)
Set kedua : 21-10 (LD)
Set ketiga : 21-19 (LD)


It's ok DLCW..You are still Our HERO!!!!
GO MALAYSIA GO!!!!

So ada sedikit info untuk uols...

- Tahukan Anda? -

Sekiranya sebutir emas Olimpik berjaya diperolehi dari Dato' Lee Chong Wei.. beliau akan memperolehi : 

1. RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN)

2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings Sdn. Bhd.


3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai leb
ih RM 2juta ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan...


4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang emas olimpik.



** 7 Keturunan xkan habis kotttt!!!!!

Hang-Out Wiv FamiLia

Assalamualaikum..

Arini g jalan-jalan shopping-shopping ngan ummi, kakak, Allam ngan Awal..Kitaorg p jalan kuala ummi nak cari bunga and pasu tapi xde yang berkenan g..it's ok kira survey lagi la..then weols p IMPIANA HOTEL ada sale handbags branded COACH, BURBERRY, FENDI, LONGCHAMP etc. Seriously buang masa!

Pastu kitaorg g Jusco Kinta City, baru rasa seronok..PADINI sales giler!!! Rembat la 2 helai baju untuk My LOVE kannnn (hehee...gelak gatais) Jam pon da tunjuk kul 7.15ptg, dah lambat!!!!! Kakakku speed kawkaw punya..ummi xsenang duduk kat belakang.haha.

7.32 kitaorg sampai, just on time!!! Berbuka kul 7.34ptg..oh ya! dalam bulan ramadhan ni my family IFTAR for the 1st time kat luar..Alhamdulillah, kami berbuka di Hainan Chicken Rice. Adik pun sertai sekali but time shopping dia xkan ambil port la..mm,..lelaki..dia bosan kot.hohoho!

My FamiLia
dengan AWAL
Alhamdulillah kenyang...then we shoot g Jusco AEON Station 18 aku terus  speed ala2 cheetah (konon) mencari surau, jam kul 8.30mlm Maghrib pon belum lagi.ish ish ishhh..Alhamdulillah sempat solat Maghrib then terus Isya' ditemani si Kecik Bijak Pandai ALLAM AL-ASY ni..

Sumpah COMEL sangat!!!! tq cayang!! muaaahh
Memang xde niat nak beli apa2 la kan..tapi kalo jalan ngan kakak, dia la 'penghasut' nombor 1 aku! Cisss!!!! Dia masuk lak Butik POLO konon aku masuk nak cuci mata la..konon....nah kau!!! terpanah dengan kasut POLO, tapi seyes mmg ohsem! Price from RM99 after less dapat RM64.70 wah! memang berbaloi-baloi kotttt..so leh tarik nafas lega for kasut raya..Fuuuhhhh =.='

Ingatkan dah habis la bab kasut, tetiba je nampak kedai colour oren. Nama kedai tu PAYLESS. Masuk2 macam terpinga2 apesal semua kasut saiz besar2? saiz gergasi! rasa mcm org kerdil masuk kedai org gergasi.haha. nak try pun xleh coz semua saiz besar2..baru nak keluar masuk lorong kasut kanak2, kitaorg tengok tag dekat atas rupa2nya saiz yang ada semua ikut saiz UK/US. Padan la ponnn, mmg susah la nak cari saiz kasut aku yang hanya bersaiz 4/5 je.huhh!! Tengok kasut kanak2 mmg la best..funky2,pinky2,bling2..ohsem! tertarik ngan satu kasut ni..try punya try..MASUK! KENA! MUAT! nah amik kau, semua bahasa aku guna. Saiz yang aku try saiz 3 (kategori kanak2 kalau ikut sukatan UK/US) mmg tergelak la kan.hahaa.walaupun usia makin meningkat tapi saiz kaki mmg pra-matang la kan..huahuahua. so pasni kalo ada rezeki menjejaki ke negara omputih dah tau la saiz kasut apa nak beli. kategori ADULT mmg xlayak..kategori KIDS, ok aku angkat tangan dulu.hehehee.

* sorry x sempat nak capture pic kasut nanti upload later la eh.. :)


So ummi beli sepasang kasut, kakakku sepasang, aku 2 pasang! x pasal2, selalu jadi camni.menyampah! tapi suka sbb dapat kasut ohsem! huhuu

Sampai AEON tutup baru kami keluar (sebelum kena halau) kami terus p dataran pekena LAKSA KEROPOK yang memang SUPERB DELICIOUS!!!!! WAJIB DATANG MAKAN! So lepas makan lewat kul 1 pagi (dah masuk 06 OGOS 2012 - Salam Nuzul Quran) kami pun balik...
Then ummi cakap "esok pagi kita pergi jalan kuala ye ummi nak beli pasu dengan bunga"
Ok, ummi (^_^)v

So apa lagi uols? Gudnyte! Sweet dreams! ZzzzZZZzzzz (-_-)

Sunday 5 August 2012

Me and My LOVE




../(,")\♥ ♥(".)

.../♥\. = ./█\.

    .._| |_ .._| |_ ★



                   Me and My LOVE





Ya ALLAH KAU Berkati Dan Restuilah
CINTA KAMI SEHINGGA KE JANNAH-MU YA ALLAH
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN



Cinta Hatiku..He's My LOVE! #Part 1#

Assalamualaikum

Mm,...Let's share the new chapter of my life now..
My LOVE Life! (Cewah!)

Tanggal 31 bulan 8, Lima Puluh Tujuh
Oh, My English! Words!
Actually...
Tanggal 13 MAC 2012 bertempat di IPG, IPOH
He (LOVE) saw me and falling in LOVE wiv me for the 1st time!
Wah! tak sangka beb!!!
Tak sangka LOVE suka kat kita kaannn..nampak cam biasa je tapi
Diam-diam Jatuh Cinta..Hehehee

Waktu tu saje usik-usik dia
"hai abang..lapar la abang xde apa-apa yang boleh di 'ngap' ke?"
pastu dia hulur bekas petak segi berisi apom POLKADOT
"ni je yang ada..ambil la makan"
dengan muka tak malu dan slumbernya aku pun ambil
'krak..krak' bunyi bekas tu dibuka..bukan bunyi kahak yerr
then aku ambil apom pokedot aku makan, dah aku bedal 2-3 biji aku tutup bekas tu
"nah la abang..tak mo dah..tak sedap..keras"
tercengang muka dia
"eh! orang dah bagi cakap tak sedap pulak"
(time dia cakap bukan nada marah ye sambil senyum dan bercakap.hehee)
dia baru nak capai bekas tu aku tarik balik bekas tu
"eh! kejap2 nak ambil lagi sebiji buat bekal"
seyes! muka xtau malu dah la orang bagi apom bagi makan dah makan kata xsedap pastu siap ambil sebiji buat bekal..hahaha
"Ya Allah.."
(dia cakap sambil tersenyum...lagi!)

"Ok la abang terima kasih ye..Jumpa lagi"
dia sempat lagi minta number phone
"bagi la nombor telefon, apa2 senang nak contact"
as usual aku bukan jenis senang nak kasi number kat orang sebarangan kannnn
"takde nombor phone la abang, saya pakai public phone je"
SUMPAH dia memang x percaya.huhuu
Then aku terus naik kereta tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa nak toleh ke arah dia
(wah! blagaks kau!)

Selepas kejadian tu kitaorg memang x jumpa dah.
nak jumpa camne nombor masing-masing pun tarak!
Aku pon xde rasa apa-apa la kannn
ingat dia pon xde apa2 feeling ngan aku..
dan masa pun terus berlalu...........

sehinggalah pada tanggal
18 APRIL 2012
JENG! JENG! JENG!

-Apakah yang berlaku? Let's check it out Part 2!-



* Jadi pertemuan kitaorang adalah kerana apom
POLKADOT :)


SWEET je kannn???
(tangan di bahu mata di atas)


Goodbye "TUAN"

Assalamualaikum

Fuuhhhh!!!
Sebelum aku 'diam' dari berBLOG ni last entri aku pasal
BF aku yang aku panggil "TUAN"
it's weird to call him my "BF"
My "Ex" actually and officially YESSS!!!!

FYI, between me and him...
We are O.V.E.R
*sangat cool pic ni coz perempuan yang BUANG cinta..means???
maksudnya AKU YANG TOLAK "TUAN"
huahuahua
(gelak jahat!..)
tak nak refresh balik why we broke-up
apa yang pasti what the pass is passed
Let's MOVE ON!!!!

Let's share the HAPPINESS!!!

(^_^)v

Ku Kembali BerBLOG

Assalamualaikum


- Subhanallah..Ya Ampuuuunnnnnn
- Lama gile x update blog..sangatsangat lama okeh!!! Sangat x suka!
- Last entri 16 MAC 2012 sekarang 05 OGOS 2012!
- OHSEM!!! Almost 5 months x update!
- Gile kau!!! Hahaaa


Punca-punca x update :
1) Kengkangan Masa
2) Adik kerap bawak my lappy bila dia g outstation
3) Jiwa kacau a few months ago
4) Jiwa kembali terukir dengan kuntuman2 bunga-bunga cinta (wah! gitu)
5) Now semangat balik nk update BLOG!!!




Oh, My English! BLOG!!!!!!
- I Miss U damn much!!! -


Banyak perkara nak cerita ni..hopefully ada yang suka, kalo x suka xpe..at least ada yang sudi menjengah :)
So let's check it out!!!