Monday 31 December 2012

Good News For My FUTURE!

Assalamualaikum

well, esok kita akan melangkah ke alam tahun baru...
good bye 2012..hello 2013!!!!

Aku seperti biasa melangkah ke tahun baru menanam azam sampai aku pon x ingat udah tercapai ke idak..hehee

tapi 1 AZAM aku nie aku rasa menjadi kenyataan..
wooww!!! ohsem kan???
actually berkat doa, usaha dan tawakal kepada ALLAH SWT gak..
tanpa izinNYA aku xkan dapat kot...

well, it's happen petang tadi..
5.25pm : lagu 'speak now' by taylor swift berkumandang di BB aku..
terpampang nama "EN.AMIR"
aku no idea dia call pasal apa..

"hello..ini en.amir"

"ye en.amir"

"mm,..saya amir..kenal ke?"

"ye..ye..saya tahu..en.amir. ada apa2 ke en.amir?"

"ok, 5 Januari 2013 (sabtu) nie awak free ke?"
(aku x bajet dia tanya untuk ajak aku kua dating..no! no! no!)

"5hb ye?..mm,..rasa xde apa2 kenapa ye?"

"ok, sabtu nie awak dah boleh start ye..class dah bermula"

*ok, cop!!! sebelum aku continue..biar aku bagitau yang aku ada apply untuk further study..aku memang mengharap sangat aku dapat coz aku nak mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang.........
well, aku KIV dulu jawapannya coz aku nak pastikan tangga yang aku bakal naik ini akan menuju ke puncak kejayaan! wah! dah macam slogan MLM kann?? hahaha..ok, sambung balik.........

"class dah mula? eh,bukan kata bulan 2 ke?"
(jangan nak mengada sangat okeh! dah orang bagi awal, terima je lah!)

"ye..ye..dah bermula sebab bila submit foam awak, pihak atasan kata no problem..completed semua. so, dah boleh bermula awal"

ALHAMDULILLAH!!!!!!!!!

rasa nak menjerit je okeh masa tue! tapi ciri2 wanita pilihan masih diterapkan...hehee

well, aku rasa ini permulaan tahun baru yang baik untuk aku...
jadi aku harap aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk buktikan yang aku ini boleh mengubah masa depan aku menjadi yang lebih baik...



serious aku nak kejar CITA-CITA aku!






Wednesday 5 December 2012

Entry Terbaru

Assalamualaikum

hola..hola..hola...
ok..da lama x berblogging..kemalasan teramat!!
xde idea!!! aarrrggghhh!!!!!

actually dok ralik layan ADAM & HAWA..sambil berangan angan dengan my LOVE kan..hehee

so back to my blog..last entry about my ALSD2! biasa la hot2 ciken shit..hehee
x teruskan perjuangan....MALAS!
adoooiii..apa la aku nie..asik malas je..x suka okeh!

so nak start blog balik (azam yang klise bila blog nie da bersawang..huahuahua)

tetiba rasa x sabar nak berblog....btw, aku nak siapkan minit mesyuarat dulu coz esok ada meeting!
nie la jadi kalo dilantik sebagai SETIAUSAHA dengan keputusan MENANG TANPA BERTANDING...huhuu

anyway aku enjoy je! :)

ok..aku nak p mandi jap...then buat minit and aku akan berblog..kali nie aku nak share bout
THE NEW OF MY LIFE!!! :)

APAKAH?...


Sunday 30 September 2012

Diet ALSD2 Bermula

Assalamualaikum

Mmm,...masih ingat lagi x entri aku pasal ALPHA LIPID SD2?
Ok kalo malas nak cari biar aku link kan kat sini..
-------> SINI Laaaa

So semalam 28/09/2012 (Sabtu) abg naik van pos laju dok hon2 depan umah
mula-mula ignore gak tiba tiba teringat ada beli on9 terus la keluar

aku sign pon terketar ketar..x sabar nak buka dan try..
maklum la...NAK KURUS kataaaaa :)


InsyaALLAH AMINNNNN

* the packaging

* tadaaaaa!!! siap bagi shaker lagi :)

Jadi esok 01 OKTOBER 2012 (Isnin)





bermulalah DIET KARBOHIDRATku..
Semoga usaha aku berhasil dan kuat dari nafsu makan..makan..makan...
OH YEEESSS!!!

Wednesday 26 September 2012

ALPHA LIPID SD2

Assalamualaikum

Mm,...ALPHA LIPID?..Dulu memang familiar sangat ngan susu ni coz bagus untuk kesihatan (xtau bagus camne coz x pernah try..ummi la yang selalu minum susu ni)

Susu yang dimaksudkan susu ini okeh...


Harga satu tin RM180. agak mahal. but kalo ok untuk kesihatan..y not kan?

anyway bukan nak cerita bout this Alpha Lipid..tapi nak cerita yang sekarang tengah dok femes meletop letop kebabom boom boommm!!!!

ALPHA LIPID SDII!!!

Inilah rupanya...ramai gak kawan2 yang try produk ni...aku pun selalu la search kat internet xpecially kat FB..punya la ramai yang da kurus dek kerana benda alah ni..naik geram gak aku ni!!!

Berat aku dari dulu sampai sekarang maintain 55kg ke atas..pernah dulu nak dekat cecah 70kg! Sebabnya aku gemar sangat la makan nasi 1 pinggan X CUKUP!!! paling minima 2 PINGGAN PENUH! mana idak bolat!

Aku pernah capai 53kg tahun lepas itu pun lepas aku buat operation cycst berpantang memang kawkaw..ALHAMDULILLAH..aku seronok ngan perubahan diri aku..tapi lepas abes tamat tempoh 'pantang' aku..aku pon back to normal la...

bila nak makan lebih sikit ingat gak kalo makan banyak nanti gemok..tapi asik dok mindset "ala...sikit je..sikit je.." asik sikit-sikit tapi tiap-tiap hari..APAKAH MAKNANYA????? FAILED!!!

So sekarang aku memang nak KURANGKAN BERAT BADAN!!! tension gemok!!!! wuuuaaarrggg!!!!!!!!!! ;O

BERAT AKU SEKARANG 68KG kot!!!!!!!!!!!!!
GAMBAR TIDAK SEPERTI REALITI..tapi takut jadi camni ;(

Jadi aku nekad nak amik ALPHA LIPID SD2!
Aku nekad nak DIET!
Aku nekad nak CONTROL MAKANAN AKU!
Aku nekad aku akan BERSUNGGUH-SUNGGUH kali ni!!!

Beria dok highlight sangat nekad aku tu kan..sebabnya..SEBENARNYA....
aku pernah kot minum SD2 ni!!! 2 tahun lepas, ALHAMDULILLAH memang berat badan aku turun tapi tu la..aku X DISPLIN kan diri aku!!! eee geram!
tapi 2 tahun lepas packagingnya idak la macam sekarang...
versi OLD-TOWN OLD-SCHOOL! 
NI LA RUPA "LAMA"
Tapi nama memang SD tapi xde pulak ada "2-2" tu...nape ada tambahan "2" pun aku xtau..

So sekarang aku da order kat kawan kakak aku..x sabar nak amalkan diet SD2 ni...hopefully aku akan bersungguh-sungguh dan dengan izinNYA aku dapat turunkan berat badan aku..nanti aku da "kurus" aku buat sequel  siap letak gambar sekali..(bajet model x berbayar..hahaha)


** Untuk permulaan aku da mula research apa yang BOLEH DAN X BOLEH AKU MAKAN DALAM TEMPOH AKU BERDIET SD2..so uols pon boleh la ikut aku sekali kalo nak kurus macam aku nak..chaiyok! chaiyok!


CADANGAN MENU HIDANGAN BAGI YG BERDIET DGN ALPHA LIPID SD2!!
Sarapan
1. Telur - rebus, scrambled, mata kerbau, separuh masak, omelet (+ sosej, bawang, capsicum & tomato)


2. Sosej - rebus, grill, slice kecil & goreng


3. daging burger - daging/ayam


4. Ayam kukus berempah


5. Fish finger/fillet - cari yg chunky kurang tepung


Makan Tengahari/ Makan Malam


1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, sayur hijau


2. Chicken chop/lamb chop/ steak (kurangkan kuah, jgn ambil sos & kentang)


3. Yong taufu (tanpa kuey teow) dengan kuah sup (bukan dengan kuah coklat yg manis)


4. Sup atau Tomyam ayam/daging/tulang/makanan laut dengan sayur


5. Sate ayam/lembu/daging/perut (kurangkan kuah & jgn makan nasi impit)


6. Tauhu bakar & sotong kangkung


7. Ikan bakar/kukus (nak makan brapa ekor pun boleh)

Snek


1. Tempe/ikan bilis goreng dgn sedikit bawang & cili potong (jgn ambil terlalu byk kerana tempe masih ada sedikit kabo)


2. Nugget ayam, drummet, fish fingers

(PASTIKAN ANDA AMBIL TIDAK LEBIH 35 GRAMS KARBOHIDRAT SEHARI BAGI MEMASTIKAN PENURUNAN BERLAKU SECARA MAKSIMUN..
Lihat nutrisi pemakanan - jumlah pengambilan kabo dalam sehari tidak melebihi 35g)

Nota:


1. Makanan yg diproses seperti sosej, daging burger, fish fingers, nugget ayam, drummet, dsb masih mempunyai kabo kira-kira 4g sekeping, dan berbeza-beza mengikut jenama.


2. Makanan dari bahan soya (tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dsb masih ada 30g kabo bg setiap 100g makanan.


3. Jangan ambil lebih dari 35g kabo sehari untuk badan masih membakar lemak.


4. Perhatikan karbo tersembunyi di dalam kuah black pepper, mushroom sos, sos cili/tomato, kuah/gravy untuk steak/lamb&chicken chop.


"I CAN DO IT!!!! CHAIYOK! CHAIYOK!!!"


Friday 14 September 2012

OUR 6th Months Anniversary

Assalamualaikum y'all!!!

Fuuhhh!! x sempat nak clear sawang yang ada dalam blog ni..
ya ampunnnn

try curi curi masa untuk update blog...sangat sayangs myBLOG!

btw, entri kali ni nak cakap bout me n my LOVE!
(who else kan?..if ada x suka sorry..but i LOVE my "LOVE") hehehe

Semalam (13 SEPTEMBER 2012 - KHAMIS)
Our 6th ANNIVERSARY as ADAM & HAWA (demam drama "ADAM & HAWA") (^_^)



ALHAMDULILLAH ALL PRAISES TO ALLAH SWT kerana berkatNYA dapat kami melayari bahtera percintaan kami yang sudah memasuki 6 bulan. InsyaALLAH membawa ke alam rumahtangga.AMIN.

- Messages from LOVE on 13 SEPTEMBER 2012 -

5.28am : Assalamualaikum sayang selamat pagi sayang iloveu

5.34am : Selamat bangun buka mata 
Selamat gosok gigi
Selamat mandi
Selamat menunaikan solat
Selamat makeup utk wajah yang berseri2
Selamat memandu sayang hati2
Selamat bertugas moga ceria hendakNya 
AMIN.

6.02am : Apa yang penting HAPPY ANNIVERSARY 9 BULAN
(yang ke 6 BULAN la abg..he was confused coz skang bulan 9..hehehe)

8.45am : Pejam celek pejam celek dah semvilan bulan he9 syoknya bahagia sangat

9.11am : "Jgn pisahkan N........ dan SY..... tuhan tolonglah ku cinta dia..biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka"

9.42am : K sayang abg otw p penang jaga diri elok2 banyakkan senyuman

12.22pm : Sayang iloveu

7.34pm : Selamat berbuka sayang

8.13pm : Sayang 830 abg kuar umah

9.07pm : Sayang 5 minit lg abg sampai

- Kami makan di Oldtown Falim -

10.47pm : Sayang iloveu

10.52pm : Sayang comel la malam ni chee senyum sikit

10.53pm : Kenapa ni senyum je chee gelak pulak he9

- 11.20pm, kami pergi memancing : My 1st experience..AWESOME!!! -

12.40am (14 September 2012) : Safely Arrived Home

LOVE buat kejutan dia bagi HADIAH wrapping LOVE PINK2..sangat terharu lalu menitiskan air mata... (T_T)

LOVE suh buka dalam rumah..masuk rumah terus buka and i got this~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Mr.PINGU in the houz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sangat Suka!!!! 
TERIMA KASIH ABANG! I LOVE U!!!!!!!!!

Now Mr.PINGU officially known as

"QUEEN"
(LOVE yang kasi nama untuk Mr.Pingu)

HAPPY OUR 6th MONTHS ANNIVERSARY


I LOVE U, ABANG!!!

Muuuuuuuaaaaahhhhhhhh



Monday 6 August 2012

Cinta ADAM & HAWA


Assalamualaikum

"ADAM & HAWA"

Btw, ni tajuk novel hasil karya Aisya Sofea. Aku ni bukan la penggemar membaca novel-novel ni..serious, kalo satu buku novel tu aku leh amik masa berbulan-bulan untuk di'khatam'kan. Mukasurat bukan ribu ribu helaian..ada la dalam 300 mukasurat tapi 'azab' nak habisnya.Fuuuuhhhh!!!!

Seingat aku la, 1st novel yang aku beli "KL-LONDON" karya AHADIAT AKASHAH.


Ni la 1st novel yang aku beli dan baca sampai habis. Beli awal tahun nak dekat akhir tahun baru 'khatam'..Muahahaa..mmg bukan penggemar tegar aku ni! Time ni aku baru belasan tahun, hingusan lagi..konon bercintan-cintun la time sekolah, feellll..wuueek! haha.

Punca boleh TERRRRbeli novel ni coz tertarik ngan TAJUK novel ni "KL-LONDON" mm, sebenarnya mmg dari sekolah ada pasang niat ingin menjejakkan kaki di kota London jadi bila baca novel ni sedikit sebanyak dapat la kita 'merasai' kita berada di kota LONDON kannn..tapi sumpah aku dah x ingat jalan cerita novel ni. Nak baca balik? MUNGKIN TIDAK!!! :)

Ok, dah melalut lak ni...mana pergi cerita ADAM & HAWA oooiiiiii????
Actually yang membuat aku boleh buat entry pasal novel ni sebabnya biasalah kan..pengaruh TV..
Novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk drama dan kini sedang menunggu masa tayangan saja.
Drama ADAM & HAWA akan ditayangkan hanya di Astro Mustika HD mulai 27 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam (Alhamdulillah rumahku ada Astro HD!!!!)

So aku pun search la mana rupa novel ni. Karya Aisya Sofea aku mmg familiar sebabnya kalau aku menjengah ke kedai2 buku mata mesti akan meleret pada nama tu disebabkan aku bukan penggemar novel tegar maka tak tercapai la tanganku ini untuk menggapai naskah beliau.


Jadi bila tau akan diadaptasi ke drama..aku memang suka sangat la kannnnn..sama la macam OMBAK RINDU, LAGENDA BUDAK SETAN xpernah baca pon layan dalam layar je. Baru best! :)

Lagi buat membuak buak nak tengok sebab HEROnya..Watak utama lagi AARON AZIZ as ADAM MUKHRIZ dan heroinnya NADIYA NISSA sebagai AIN HAWANI.


Arahan Feroz Kader dan ada 80 episod. OHSEM!!! Serious x sabar!!!
Adam Mukhriz pakai uniform TUDM. Adoooiiii THE MOST HANDSOME MAN, MAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jadi jangan lupa ASTRO MUSTIKA HD mulai 27 OGOS 2012, Isnin hingga Jumaat jam 9.00malam :) 


Oh ya...this is ADAM & HAWA's OST : MUARA by Hafiz & Siti Nurhaliza
(xde official videoclip lagi uolsss)

Don't Be Sad DLCW!!!

Assalamualaikum

Impian Malaysia untuk memenangi pingat EMAS untuk julung-julung kalinya berkubur hanya kerana kekalahan tipis 2 mata sahaja.
Keputusan AKHIR BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012.


LEE CHONG WEI vs LIN DAN
Set pertama : 21-15 (LCW)
Set kedua : 21-10 (LD)
Set ketiga : 21-19 (LD)


It's ok DLCW..You are still Our HERO!!!!
GO MALAYSIA GO!!!!

So ada sedikit info untuk uols...

- Tahukan Anda? -

Sekiranya sebutir emas Olimpik berjaya diperolehi dari Dato' Lee Chong Wei.. beliau akan memperolehi : 

1. RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN)

2. RM 1juta daripada syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings Sdn. Bhd.


3. Jongkong emas seberat 12.5 kg bernilai leb
ih RM 2juta ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan...


4. Elaun RM 5ribu setiap bulan sepanjang hayat untuk pemenang emas olimpik.



** 7 Keturunan xkan habis kotttt!!!!!

Hang-Out Wiv FamiLia

Assalamualaikum..

Arini g jalan-jalan shopping-shopping ngan ummi, kakak, Allam ngan Awal..Kitaorg p jalan kuala ummi nak cari bunga and pasu tapi xde yang berkenan g..it's ok kira survey lagi la..then weols p IMPIANA HOTEL ada sale handbags branded COACH, BURBERRY, FENDI, LONGCHAMP etc. Seriously buang masa!

Pastu kitaorg g Jusco Kinta City, baru rasa seronok..PADINI sales giler!!! Rembat la 2 helai baju untuk My LOVE kannnn (hehee...gelak gatais) Jam pon da tunjuk kul 7.15ptg, dah lambat!!!!! Kakakku speed kawkaw punya..ummi xsenang duduk kat belakang.haha.

7.32 kitaorg sampai, just on time!!! Berbuka kul 7.34ptg..oh ya! dalam bulan ramadhan ni my family IFTAR for the 1st time kat luar..Alhamdulillah, kami berbuka di Hainan Chicken Rice. Adik pun sertai sekali but time shopping dia xkan ambil port la..mm,..lelaki..dia bosan kot.hohoho!

My FamiLia
dengan AWAL
Alhamdulillah kenyang...then we shoot g Jusco AEON Station 18 aku terus  speed ala2 cheetah (konon) mencari surau, jam kul 8.30mlm Maghrib pon belum lagi.ish ish ishhh..Alhamdulillah sempat solat Maghrib then terus Isya' ditemani si Kecik Bijak Pandai ALLAM AL-ASY ni..

Sumpah COMEL sangat!!!! tq cayang!! muaaahh
Memang xde niat nak beli apa2 la kan..tapi kalo jalan ngan kakak, dia la 'penghasut' nombor 1 aku! Cisss!!!! Dia masuk lak Butik POLO konon aku masuk nak cuci mata la..konon....nah kau!!! terpanah dengan kasut POLO, tapi seyes mmg ohsem! Price from RM99 after less dapat RM64.70 wah! memang berbaloi-baloi kotttt..so leh tarik nafas lega for kasut raya..Fuuuhhhh =.='

Ingatkan dah habis la bab kasut, tetiba je nampak kedai colour oren. Nama kedai tu PAYLESS. Masuk2 macam terpinga2 apesal semua kasut saiz besar2? saiz gergasi! rasa mcm org kerdil masuk kedai org gergasi.haha. nak try pun xleh coz semua saiz besar2..baru nak keluar masuk lorong kasut kanak2, kitaorg tengok tag dekat atas rupa2nya saiz yang ada semua ikut saiz UK/US. Padan la ponnn, mmg susah la nak cari saiz kasut aku yang hanya bersaiz 4/5 je.huhh!! Tengok kasut kanak2 mmg la best..funky2,pinky2,bling2..ohsem! tertarik ngan satu kasut ni..try punya try..MASUK! KENA! MUAT! nah amik kau, semua bahasa aku guna. Saiz yang aku try saiz 3 (kategori kanak2 kalau ikut sukatan UK/US) mmg tergelak la kan.hahaa.walaupun usia makin meningkat tapi saiz kaki mmg pra-matang la kan..huahuahua. so pasni kalo ada rezeki menjejaki ke negara omputih dah tau la saiz kasut apa nak beli. kategori ADULT mmg xlayak..kategori KIDS, ok aku angkat tangan dulu.hehehee.

* sorry x sempat nak capture pic kasut nanti upload later la eh.. :)


So ummi beli sepasang kasut, kakakku sepasang, aku 2 pasang! x pasal2, selalu jadi camni.menyampah! tapi suka sbb dapat kasut ohsem! huhuu

Sampai AEON tutup baru kami keluar (sebelum kena halau) kami terus p dataran pekena LAKSA KEROPOK yang memang SUPERB DELICIOUS!!!!! WAJIB DATANG MAKAN! So lepas makan lewat kul 1 pagi (dah masuk 06 OGOS 2012 - Salam Nuzul Quran) kami pun balik...
Then ummi cakap "esok pagi kita pergi jalan kuala ye ummi nak beli pasu dengan bunga"
Ok, ummi (^_^)v

So apa lagi uols? Gudnyte! Sweet dreams! ZzzzZZZzzzz (-_-)

Sunday 5 August 2012

Me and My LOVE




../(,")\♥ ♥(".)

.../♥\. = ./█\.

    .._| |_ .._| |_ ★



                   Me and My LOVE





Ya ALLAH KAU Berkati Dan Restuilah
CINTA KAMI SEHINGGA KE JANNAH-MU YA ALLAH
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN



Cinta Hatiku..He's My LOVE! #Part 1#

Assalamualaikum

Mm,...Let's share the new chapter of my life now..
My LOVE Life! (Cewah!)

Tanggal 31 bulan 8, Lima Puluh Tujuh
Oh, My English! Words!
Actually...
Tanggal 13 MAC 2012 bertempat di IPG, IPOH
He (LOVE) saw me and falling in LOVE wiv me for the 1st time!
Wah! tak sangka beb!!!
Tak sangka LOVE suka kat kita kaannn..nampak cam biasa je tapi
Diam-diam Jatuh Cinta..Hehehee

Waktu tu saje usik-usik dia
"hai abang..lapar la abang xde apa-apa yang boleh di 'ngap' ke?"
pastu dia hulur bekas petak segi berisi apom POLKADOT
"ni je yang ada..ambil la makan"
dengan muka tak malu dan slumbernya aku pun ambil
'krak..krak' bunyi bekas tu dibuka..bukan bunyi kahak yerr
then aku ambil apom pokedot aku makan, dah aku bedal 2-3 biji aku tutup bekas tu
"nah la abang..tak mo dah..tak sedap..keras"
tercengang muka dia
"eh! orang dah bagi cakap tak sedap pulak"
(time dia cakap bukan nada marah ye sambil senyum dan bercakap.hehee)
dia baru nak capai bekas tu aku tarik balik bekas tu
"eh! kejap2 nak ambil lagi sebiji buat bekal"
seyes! muka xtau malu dah la orang bagi apom bagi makan dah makan kata xsedap pastu siap ambil sebiji buat bekal..hahaha
"Ya Allah.."
(dia cakap sambil tersenyum...lagi!)

"Ok la abang terima kasih ye..Jumpa lagi"
dia sempat lagi minta number phone
"bagi la nombor telefon, apa2 senang nak contact"
as usual aku bukan jenis senang nak kasi number kat orang sebarangan kannnn
"takde nombor phone la abang, saya pakai public phone je"
SUMPAH dia memang x percaya.huhuu
Then aku terus naik kereta tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa nak toleh ke arah dia
(wah! blagaks kau!)

Selepas kejadian tu kitaorg memang x jumpa dah.
nak jumpa camne nombor masing-masing pun tarak!
Aku pon xde rasa apa-apa la kannn
ingat dia pon xde apa2 feeling ngan aku..
dan masa pun terus berlalu...........

sehinggalah pada tanggal
18 APRIL 2012
JENG! JENG! JENG!

-Apakah yang berlaku? Let's check it out Part 2!-



* Jadi pertemuan kitaorang adalah kerana apom
POLKADOT :)


SWEET je kannn???
(tangan di bahu mata di atas)


Goodbye "TUAN"

Assalamualaikum

Fuuhhhh!!!
Sebelum aku 'diam' dari berBLOG ni last entri aku pasal
BF aku yang aku panggil "TUAN"
it's weird to call him my "BF"
My "Ex" actually and officially YESSS!!!!

FYI, between me and him...
We are O.V.E.R
*sangat cool pic ni coz perempuan yang BUANG cinta..means???
maksudnya AKU YANG TOLAK "TUAN"
huahuahua
(gelak jahat!..)
tak nak refresh balik why we broke-up
apa yang pasti what the pass is passed
Let's MOVE ON!!!!

Let's share the HAPPINESS!!!

(^_^)v

Ku Kembali BerBLOG

Assalamualaikum


- Subhanallah..Ya Ampuuuunnnnnn
- Lama gile x update blog..sangatsangat lama okeh!!! Sangat x suka!
- Last entri 16 MAC 2012 sekarang 05 OGOS 2012!
- OHSEM!!! Almost 5 months x update!
- Gile kau!!! Hahaaa


Punca-punca x update :
1) Kengkangan Masa
2) Adik kerap bawak my lappy bila dia g outstation
3) Jiwa kacau a few months ago
4) Jiwa kembali terukir dengan kuntuman2 bunga-bunga cinta (wah! gitu)
5) Now semangat balik nk update BLOG!!!




Oh, My English! BLOG!!!!!!
- I Miss U damn much!!! -


Banyak perkara nak cerita ni..hopefully ada yang suka, kalo x suka xpe..at least ada yang sudi menjengah :)
So let's check it out!!!

Friday 16 March 2012

Happy..Syukur..

Assalamualaikum,

Setiap apa yang berlaku semuanya adalah
Ketentuan Ilahi..

DIA merancang segala-galanya
untuk hambaNYA..

Aku bersyukur kerana
DIA telah memberi 
KEGEMBIRAAN
kepada aku semula...

Ya ALLAH,
aku berdoa dan berharap
agar
'INI"
berkekalan dan KAU kuatkanlah
HUBUNGAN KAMI INI..



~AMIN~
 

Monday 12 March 2012

As a F.R.I.E.N.D.S

Assalamualaikum,

We decided to be



Ok la...
As long as
We'll still Keep In Touch..

Sayang la kalo hubungan nie putus camtu je..
KAN?

Saturday 10 March 2012

It's OVER!

Assalamualaikum..

Kita hanya merancang..

ALLAH
menentukan segala-galanya..

Aku Redha dengan
KetentuanMU..


Moga ada yang lebih baik
dan
kekal untukku selepas ini...

InsyaALLAH, AMIN.

Sunday 4 March 2012

Aku DiLAMARkah?

Assalamualaikum..

Fuuuhhhh!!!
Agak Nebes entry kali nie..

TUAN
ada cakap pasal 
KAHWIN!!!

DID HE PROPOSE ME???


Ya ALLAH...
Aku berdebar-debar nie..

Aku mengharapkan kekuasaanMU
Ya ALLAH..

~AMIN~