Thursday 3 November 2011

09 Zulhijjah 1432H

Assalamualaikum..

Hola, amigos!

05 November 2011 (Sabtu)
Orang Kata “SATURDAY NYTE FEVER” kan???..So, ape uols buat sabtu nie?..
Mmm,..dalam otak nie asik dok fikir je sape la member2 nak kawin..punye la searching pakai GPS lagi okeh...yg dapat digooglekan minggu depan..
11 November 2011 (11.11.11) semua berderet nak kawin..tarikh cantek la, kununnnnn..kaaannn???? WHATEVER!

Then petang tadi dapat msg dari my BFF..
“Salam sahabat semua.. Jom puasa pd hari Arafah

09 ZULHIJJAH 1432H (Sabtu nie!) Hari para hujjah sedang berwukuf di Arafah. Rasul bersabda
'(puasa Arafah) dapat menghapus dosa tahun lalu & yang akan datang'.
Jangan lepaskan peluang ini!!!”

So, amacam?..jgn lepaskan peluang ini!!!..kalo SALES 10% pon kita leh rebut, nape x SALES yang 100% dapat PAHALA nie kita x nak, kan???
Jom sama2 kita berpuasa sabtu nie..1 day b4 Raya Qurban (10 ZULHIJJAH)
Nie niatnya :-
SAHAJA AKU PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH KERANA ALLAH TAALA

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
(Hadis riwayat Muslim). 
Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.
Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)
Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.



Moga dengan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1432H nie menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa..
InsyaALLAH, Amin..

Adios Amigos!

No comments:

Post a Comment